EKSTRANET


Extranet


Rangkaian komputer persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam.

Digunakan untuk perkongsian maklumat atau operasi perniagaan antara pembekal, pembuat, rakan kongsi, pelanggan atau perniagaan lain pada tahap keselamatan yang tinggi. 

Extranet juga adalah sebahagian intranet syarikat yang boleh dicapai dan digunakan oleh kakitangannya dari luar syarikat. 

Beroperasi dengan menggunakan firewall , sijil digital untuk pengecaman dan pengesahan pengguna. 

Menggunakan kaedah penyulitan (encryption) maklumat untuk memastikan extranet berada pada tahap keselamatan dan bebas daripada sebarang pencerobohan oleh penggodam.

Maklumat dihantar menerusi rangkaian persendirian maya (virtual private networks (VPNs)) yang melalui rangkaian awam.