Jenis Senibina Rangkaian



Jenis Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

     Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)
 


Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain.  Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan   


menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut:
I.                   Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
II.                Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
III.             Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV.             Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
V.                Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.