RANGKAIAN TANPA WAYAR Rangkaian
tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan
komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. la membina sebuah rangkaian
dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer
untuk berkongsi maklumat.
Rangkaian tanpa wayar adalah serupa
dengan rangkaian berwayar tetapi satu perbezaan nyata ialah rangkaian
tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang
lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk dimana
sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian
frekuensinya).
Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar
iaitu peret-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar
peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada
dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi
rangkaian tanpa wayar client-server pula2, terdapat titik capaian (access
point) untuk membolehkan komputer notebook menerima dan menghantar data
menerusi titik ini menghantar kepada semua komputer yang dicapai oleh
rangkaian.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana
ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk
mengimplimentasinya.
i. Bluetooth ii. IrDA iii. HomeRF (SWAP) iv. WECA (Wi-Fi) Bluetooth Teknologi
ini tidak digunakan secara meluas lagi dan ia tidak mampu mengantikan
rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. la berspesifikasi untuk
menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan
komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth
dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet
mengendungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti
Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai jarak maksima 10 meter
(30 kaki) dan kelajuan ia berkomunikasi tidak sampai 1 Mbps. la
menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan
802.11b.
IrDA
IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawai
untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara
inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps
di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
SWAP HomeRF
(RF atau Radio Frequency) telah mengujudkan sebuah standard yang
dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam
saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless
Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11
untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1
Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang
ada di kawasan yang digunakan.
Kelebihan SWAP:
- Murah - Mudah dipasang - Tiada wayar tambahan diperlukan - Tiada titik capaian - Terdapat enam saluran dupleks penuh (full duplex) dan satu saluran data - Menyokong sehingga 127 peranti setiap rangkaian - Menyokong lebih daripada satu rangkaian - Menyokong enkripsi untuk keselamatan data
Kelemahan SWAP:
- Kurang laju (biasanya 1 Mbps) - Jarak terhad (20 hingga 40 meter) - Boleh menganggu dengan peranti komunikasi - Kurang serasi dengan rangkaian berwayar semasa -
Penerima tanpa wayar yang digunakan untuk rangkaian SWAP adalah kad
ISA, PCI atau PCMCIA yang mempunyai antena. Rangkaian SWAP adalah jenis
rangkaian peer-to-peer di mana ja memudahkan capaian kepada rangkajan
tetapi mempunyai jumlah gangguan yang ketara.
Wi-Fi Wireless
Ethernet Compatibility Alliance (WECA) telah mengemukakan Wi-Fi
(wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan
variasi IEEE 802.11 yang juga dikenali selbagai IEEE 802.11b. Dengan
keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan
11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi ia tidak tetap
dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun ia tetap stabil dan mampu
memberilkan sokongan yang baik kepada rangkaian.
Kelebihan WI-FI: - Laju (11 Mbps). - Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter) - Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa - Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS
Kelemahan - Agak mahal - Agak sukar untuk dipasang - Kelajuan tidak konsisten
Wi-Fi
menawarkan kelajuan yang tinggi tetapi kosnya agak mahal. la juga
memerlukan titik capaian yang kosnya melebilhi RM2,000 sebuah. Manakala
kad capaian Wi-Fi pula mencecah sehingga RM500 sekeping. la terdapat
dalam versi PCI, USB dan Apple juga ada mengeluarkan produk capaian
Wi-Fi yang dikenali sebagai Airport yang juga serasi dengan komputer
berasaskan Windows.
| |
|
|
|