INTRANET



INTRANET


Rangkaian dalaman bagi sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi internet. 

Rangkaian komputer persendirian yang menggunakan protokol – protokol internet. 

Intranet menggunakan protokol TCP/IP, HTTP dan protokol – protokol internet lain. 

Lebih mirip kepada rangkaian internet persendirian. 

Tujuan utama satu intranet adalah untuk perkongsian maklumat syarikat dan sumber – sumber pengkomputeran hanya di kalangan kakitangan syarikat sahaja. 


Maklumat yang terdapat di dalam intranet dilindungi dengan kata laluan atau firewall. 

Maklumat ini boleh dicapai oleh individu atau bahagian tertentu sahaja di dalam syarikat. 

Memudahkan para pekerja untuk bekerja dalam kumpulan dan untuk telesidang. 

Contoh aplikasi intranet adalah seperti penerbitan bahan – bahan elektronik sesebuah organisasi seperti direktori – direktori telefon, takwin organisasi dan jadual kerja.